Pegawai penjara maut tercampak dalam longkang


Pegawai penjara maut tercampak dalam longkang

“Setiba di lokasi motosikal mangsa telah dilanggar sebuah motosikal lain jenis Yamaha dari arah belakang menyebabkannya terbabas lalu tercampak ke dalam longkang."

ALOR GAJAH – Seorang pegawai Jabatan Penjara Satelit Simpang Ampat di sini maut selepas tercampak ke dalam longkang dalam nahas di Jalan Kampung Pak Alam, Simpang Ampat, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Ridzuan Saidin, 35, yang beralamat di Kodiang, Kedah meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di dada.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari arah Brisu ke Simpang Ampat.

“Setiba di lokasi motosikal mangsa telah dilanggar sebuah motosikal lain jenis Yamaha dari arah belakang menyebabkannya terbabas lalu tercampak ke dalam longkang.

“Akibat kemalangan itu, mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi penunggang cedera di kepala dan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik di hospital sama bagi proses bedah siasat mengenal pasti punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!