Basikal rempuh belakang kereta

Basikal rempuh belakang kereta

"Seorang penunggang basikal cedera selepas merempuh belakang sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan"

JOHOR 22 JANUARI - Seorang penunggang basikal cedera selepas merempuh belakang sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan dekat Jambatan Sungai Pulai, semalam.

Semalam orang ramai menyuarakan kebimbangan selepas banyak kenderaan berhenti di bahu jalan untuk mengambil gambar berikutan jambatan tersebut baru dibuka untuk pengguna jalan raya 3 hari lepas.


Memetik laporan media semalam, Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.


Katanya, mereka juga dilarang berhenti sesuka hati di bahu jalan jambatan yang baru dibuka 3 hari lalu semata-mata untuk mengambil gambar.

"Diingatkan kepada semua untuk tidak memandu laju dan melulu, dilarang daripada berlumba serta dilarang berhenti untuk bergambar.

"Pihak polis akan melakukan pemantauan secara berkala supaya tiada perkara menyalahi undang-undang serta perilaku membahayakan nyawa pengguna jambatan yang lain," katanya.


Kelmarin, Jambatan Sungai Pulai sepanjang 7.5 kilometer (km) itu mula dibuka kepada orang awam.


Ia menghubungkan Gelang Patah -Tanjung Bin, Pontian, dibina dengan kos RM800 juta dan mula dibina pada 2017 serta siap sepenuhnya Disember lalu.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!