VIDEO - Lelaki dituduh perompak dibelasah orang ramai tanpa usul periksa


Lelaki dituduh perompak dibelasah orang ramai tanpa usul periksa

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki ditahan polis selepas dibelasah orang ramai yang dituduh merompak tanpa usul periksa.

Pada awal kejadian, lelaki tersebut datang ke rumah seorang wanita yang mempunyai hutang dengannya untuk meminta hutang yang terlalu lama tertunggak. 

Wanita tersebut berkeras tidak mahu bayar hutang bertindak menjerit mengatakan ada perompak.

Penduduk kampung yang bertindak tanpa usul periksa menahan lelaki tersebut dan memukulnya secara beramai-ramai walaupun ada sebahagian penduduk disitu menghalang mereka dan menghubungi polis.

Hasil soal siasat, polis menyatakan bahawa lelaki tersebut pergi ke rumah wanita itu untuk meminta hutang yang tertunggak bukan merompak. Tuduhan tersebut adalah satu fitnah dan mangsa kini dirawat di hospital akibat dipukul.

Pengajaran daripada kes ini, diminta orang ramai tidak bertindak mengikut perasaan sebaliknya siasat terlebih dahulu atau serahkan saja kepada polis.




@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!