Kanak-kanak maut terjatuh tingkat 11


Kanak-kanak maut terjatuh tingkat 11

"Mangsa meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi ketika menerima rawatan di HSA," katanya

Johor Bahru: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11, Rumah Pangsa Larkin di Jalan Garuda di sini, semalam meninggal dunia tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kematian kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Terdapat laporan polis dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


"Mangsa meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi ketika menerima rawatan di HSA," katanya ketika dihubungi.

Semalam, media melaporkan kanak-kanak 12 tahun patah tangan kiri dan dalam keadaan selamat selepas ditemukan tersangkut di bumbung kedai di tingkat bawah selepas terjatuh dari tingkat 11 bangunan terbabit.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!